Tuesday, November 29, 2011

Calon Artis Baru Lelaki Popular ABPBH2011

toqqq... ape celop toqq... ayat yang menjadi fenoma muda mudi zaman sekarang nie... ayat yang terpacul dari mulut seorg pelakon muda berbakat... ayat yang menjadikan beliau seorang dikenali ramai...



beliau yang dimaksudkan ialah Sallehuddin Abu Bakar a.k.a Taiyuddin Bakar yang popular menerusi lakonan mantap memegang watak KUNYIT dalam filem Hantu Bonceng... filem komedi yg berjaya memecahkan diri ke dalam Box Office dengan kutipan lebey RM8 juta...



memulakan kareer sebagai anak seni dengan lakonan mantap ketika bekerja dengan pengarah tersohor, arwah Yasmin Ahmad dalam filem Muhsin... tanpa memandang kebelakang, Tai terus mengorak langkah dengan memenangi Pengarah Terbaik dalam Festival Teater Kuala Lumpur menerusi Teater Anak Bulan Di Kg Wak Hasan...




kini baru sahaja memenangi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia yg ke 24... akhirnya industri perlakonan nie mengiktiraf kerja keras dan bakat dimiliki bro Tai ini...



banyak juga lakonan atau karya yang telah dihasilkan taiyuddin ini dalam meniti kehidupan sebagai artis... aksi beliau bakal lagi disaksikan pada tahun 2012 dimana stakat ini dia telah berlakon dlm 3 filem yang akan menghiasi pawagam antaranya PE-3 arahan Farid Kamil, MAEL LAMBUNG arahan Ahmad Idham dan juga Filem GILA - GILA REMAJA 2 yang turut dibintangi Faizal Hussien..



okeyh dah puas ayat cam agak skema macam dlm sorat kabar or magazine kat atas2 tu... mari kite straight to the point... abang aku si salleh nie tercalon dalam kategori artis baru lelaki popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian...



Jadi bagi anda peminat salleh nie @ anda mmg xleh nk kluar rumah kalau x bace paper berita harian nie sbb anda rase anda katak bawah tempurung kalo xbace paper berita harian nie... pas beli n bace leh la korg dgn snang hatinye kompol keratan akhbar bahagian undian nie n leh la ngundi... korg leyh menang adiah beb kalo korg anto 7 keping bederet sorat kabor yg korg kompol... ingtt... mesti bederet...



cara - cara nk ngundi sonang yo... cenggini...


mula - mula g kedai beli sok kabo berita harian, ingat berita harian!! bukan harian metro...
beli!! curi jgn...berdosa!!...


pastu boleh pilih la artis kegemaran korang nie... dlm kes nie korg tick la nama TAIYUDDIN BAKAR.. di ruangan ARTIS BARU LELAKI POPULAR... kalo cari kat ruangan PENYANYI WANITA POPULAR... mmg kompom kuar air mata darah sekalipon korg xkn jumpe...


dah settle wat sume tu... leh la korg poskan ke alamat di atas nie...


sonang baitu keje korang... sonang kan... yg lebihan sorat kabo tu leh la korg jual kat paper lama... ade gak la dpt seposen dua... xpown sodokah je kat makcik jual nasi lemak... pahala berganda2 korg dapat...


sebelum ngundi, anda leh la baca syarat n terma yang terpapar di bawah ini...
untuk maklumat lanjut anda juga leh layari website rasmi ABPBH ini


Terma dan Syarat-syarat undian melalui akhbar

  1. Anda hanya boleh memlilih LIMA (5) CALON BAGI SETIAP KATEGORI dengan menandakan pangkah (x) di ruangan yang disediakan dan lengkapkan slogan.
  2. Anda perlu lengkapkan TUJUH (7) borang sebelum dihantar kepada pihak penganjur.
  3. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi MESTI menggunakan BORANG ASAL. Salinan boring tidak diterima.
  4. Hanya mereka yang hantar satu set lengkap TUJUH (7) hari borang undian layak memenangi hadiah. Bagaimanapun, jumlah borang kurang daripada 1 set lengkap masih diterima dan undian anda tetap dikira tetapi tidak layak menerima hadiah disediakan penganjur.
  5. Penganjur berhak untuk menukar hadiah kemenangan dengan barangan yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
  6. Hadiah tidak boleh ditukar milik atau ditukar kepada wang tunai.
  7. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
  8. Hadiah TIDAK termasuk pendaftaran, insurans, cukai jalan dan lain-lain cukai. Pemenang juga bertanggungjawab terhadap kos pengakutan dan sebagainya bagi tujuan menuntut hadiah.
  9. Borang yang tidak lengkap dan butir-butir peribadi yang tidak jelas serta tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan akan dibatalkan.
  10. Borang disiarkan mulai 25 November 2011.
  11. Setiap penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 5 Januari 2012. Penghantaran borang selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.
  12. Kakitangan dan ahli keluarga terdekat kumpulan New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima (MPB), syarikat penaja dan penganjur ABPBH 2011 tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam undian ini.

acam biaso lah yo..kalo suke entry nie sile like ye...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...