Tuesday, December 15, 2015

Selangor Juara Piala Malaysia, Kenduri Kahwin Member Lebih Penting

alhamdulillah. sejuta tahniah buat pasukan selangor selepas 10 tahun dahagakan piala MALAYSIA. piala yang dianggap LEGEND. walaupun piala nie tidak lah membawa sebarang merit di peringkat tertinggi. yelah, mana tak nya. walau champ untuk piala malaysia, xleh guna pon merit utk KE ASIA.

kenapa jadi camtu, piala tertua ni patutnya adalah meritnya. FIFA tidak iktiraf mana - mana kejohanan di peringkat kebangsaan yang mengadakan FORMAT grouping dan kalah mati seperti PIALA MALAYSIA. thats y PIALA FA lebih berprestij dan juara PIALA FA layak mewakili MALAYSIA dalam AFC CUP. disebabkan juara PIALA FA ialah LIONS, maka slot kedua utk AFC diisi oleh team tempat KEDUA dalam LIGA SUPER.

arghh apa ada hal, penyokong selangor tetap puas. 10 tahun tak merasa piala, kena pulak kali yang ke 33. satu nombor yang susah betol pasukan lain nk capai dan gapai. kedua - dua game separuh akhir menentang PAHANG sempat lah aku beri sokongan live baik di AWAY KUANTAN mahupun HOME SHAH ALAM. namun tidak ada rezeki sama -sama rasa bahang FINAL dan bersorak di stadium.

sebab apa?? sebab member baik atau keluarga eL - SenGaLtOtOrOni buat kenduri mendirikan rumahtangga. tahniah buat Radja & Diana. dah minat bola punya pasal, aku usahakan jugak la projector dan dibantu rakan2 bawak lappy bagai. terpancar lah live streaming untuk peminat bolasepak tanah air untuk melayan FINAL. mmg rare, orang tengah tepung tawar pun terkejut dengar FAN2 selangor bersorak bila HAZWAN BAKRI score. fuhhh padu. grande.



apapon tahniah SELANGOR. berita baik untuk 2015, yang pertama nya berita baik LAYAK ke ASIA setelah pahang ditolak mata. yang keduanya CHAMPION MALAYSIA CUP 2015.

Tahniah juga RAJE dan DIANA. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. semoga berkekalan hingga ke JANNAH. aminnnn






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...