Tuesday, December 13, 2011

Pangkor Trip 2011 - Sukaneka Part Three

tatkala acara pancing ikan dewasa tadi yg berakhir
dengan pergaduhan, bro2 ini tampak keletihan dan memerlukan rehat yang cukup

sementara itu,kelihatan isteri kesayangan hincik sazaly, puan masrita menghupdate status di facebook barangkali..




setelah banyak pihak yang mengecam entry sebelum ini yakni entry part two... saya dengan ini ingin membuat entry lemah lembut dan bersopan santun... jadi entry sukaneka part three akan disambung...



setelah berakhirnya dua acara popular (rujuk sukaneka part two) maka dengan ini acara seterusnya pown bermula... acara yang ditunggu oleh stiap pasangan... acara yang diberi nama sehati berbelon ini menemukan 6 pasangan berentap utk mencari kemenangan... acara yg mudah ini memerlukan salah seorg dari pasangan perlu membaling belon ke arah pasangan nye, ingat!! pasangannya... bukan pasangan lain atau org yg xmen...



pasangan mana yg mengumpul jumlah belon berisi air yg xpecah lagi dan paling cepat dikire sbagai pemenang... di sini kite boleh lihat stiap pasangan telah melanggar pantang larang jarak ditentukan pengadil pertandingan... kali ini pengadil ialah seorg yg sngt jujur dalam sukaneka yakni nizamuddin abu bakar...


peserta bergambar kenangan mewakili rumah sukan masing2

ieka n mr tunang mewakili rumah pink

bro wan & wid mewakili rumah hijau

incik sham & mak ngah mewakili rumah oren

bro eddy & kak yana mewakili rumah purple (peberet yanie)

bro pian & kak leenda mewakili rumah biru

incik sazaly & pn masrita mewakil rumah warna warni



setelah permainan tamat... saya tidak dapat menduga dan mengingat siapakah pemenang permainan ini kerana yang saya ingat cuma lah sebijik belon berisi air padu melekat di belakang tubuh angkara balingan padu puan mak ngah... cisss... sekali lagi diingatkan... org luar x main!... harus dibaling ke pasangan masing2 ye..heee



setelah permainan ini ditamatkan, acara seterusnya berlangsung... masih acara berduet cume duet kali ini tidak menemukan pasangan bercinta dan berkasih - kasihan... tiada gmbar pada acara yang dimenangi pasangan Fieza & Sara ini... game yg memerlukan bola tenis dibawa berlari diantara kedua2 bahu pasangan... mereka ini menang kerana mereka menggunakan ketiak untuk membawa bola tersebut...



acara terus berlangsung dengan acara lari terbalik beramai - ramai, kalau jatuh padan muka & jangan main tipu... Acara LTBKJPMDJMT... panjangnye nama, sapa create nama nie??



acara ini memerlukan anda berlarik dengan kadar terbalik memecut laju ke satu garisan lalu mematah balik dengan berlarik lagi terbalik hingga ke petak mula... acara ini hanya menyaksikan 2 pesaing utama beraksi manakala peserta lain yang terdiri dari jaguh sekolah masing - masing ditinggal jauh oleh 2 peserta utama ini... ternyata disebabkan salah taktikal oleh saya, saya tewas kepada incik suffian gerrad yang diumpamakan seperti lipas kudung atau lebih dikenali dengan larian dikejar anjing... pantas sungguh...



sekali lagi saya dituduh melakukan penipuan dalam acara ini... tidak mengapa, saya redha kerana "you caught on camera"... cis terkantoi lak ngan camera tertutup CCTV... namun bukan saya sahaja ditangkap di dalam camera, ade seorg lagi peserta lebih popular dimana beliau telah melakukan aksi akrobatik terhebat abad ini ketika berlari... namun sebarang kecederaan tidak dilaporkan... anda boleh la view video yg awesome ini DISINI



tamat acara LTBKJPMDJMT... kite trus ke acara terakhir lari berlari ini... acara yang mempertandigkan hanya 2 pasukan... namun setiap pasukan mempunyai 5 ke 6 ahli... acara diberi nama baling belon tgk kawan last skali lari laju jgn smpai jatuh... BBTKLSLLJSJ setiap ahli dari ahli pertama perlu membaling belon ke ahli ke 2 lalu membaling belon ke ahli ke 3 dan seterusnya... ahli terakhir perlu berlari dengan lajunya ke arah ahli pertama dimana garisan penamat berada...



pasukan pertama diwakili pelari mr wan siong @ bro wan dan pasukan kedua diwakili pelari pecut lipas kudun, abg pian... jadi penentu kepada kemenangan pasukan tentunya disandarkan kepada kedua2 perlari... pasukan kedua boleh mendabik dada kerana mempunyai pelari pecut... perlu diingat nama permainan ini BBTKLSLLJSJ... Baling Belon Tgk Kawan Last Sekali Lari Laju Jangan Sampai Jatuh... pasukan kedua tewas dramatik pada acara ini dimana Citra Shafira @ Wid yang gagal mematuhi nama permainan telah baling belon kearah aku dan jatuh ketanah lalu pecah...



harapan disandarkan kepada JSJ ... Jangan Sampai Jatuh, namun bebanan yang tinggi disandarkan gagal dimanfaatkan pelari lipas kudung pasukan kedua dimana dia dibayar CASH ketika aksi & strateginya memakan diri... wartawan kami sempat merakamkan aksi ini... nk tgk?? click DISINI



acara larian di tamatkan dan acara 2nd last pown berlangsung... acara yang menarik dan santai diberi nama pusing botol ini mengikut rentak lagu, dah benti pilih task dan gayakannye atau nama saintifiknye kotak beracun... acara yang disertai lebih kurang 20 org ini pown berlangsung dengan gumbira nya... pelbagai task dibuat dan semua nye telah dirakam oleh wartawan kami... namun seperti saya katakan tadi, entry ini penuh lemah lembut dan kesopanan serta kesusilaan... maka video yang dirakam tidak akan dimasukkan kedalam entry ini...



ade yang perlu mengayakan ayam dan sebut "padan muka aku" ade yg perlu berlakon menjadi ayah yg garang dan ade pula yg perlu menari zapin dihadapan pokok... (zapinkah cara die joget)... persoalan yang tidak dapat dijawab hingga kini... ade juga yg perlu meluahkan rasa cinta terhadap pokok... dan bagi aku, eh aku pulak... bagi saya hanya perlu melompat menggunakan sebelah kaki smbil mengira 1 - 10 dengan muhlut ternganga... sahu, duhe, tiga, hemhat, hima, henam, hujuh, hapan ,semhilan, sehuhuh...





acara terakhir sukaneka ialah pertandingan melukis dan meneka... peserta dipecahkan mengikut gender... lelaki vs perempuan... setiap kumpulan perlu menghantar wakil melukis dan ahlinya perlu meneka lukisan... kategori diberikan, filem & rancangan tv... pasukan perempuan lebih handal kerana berjaya mengalahkan lelaki... mmg diorg nie hebat bab2 filem n drama... xboleh disangkal lagi kehebatan mereka didepan kaca tv...


pelukis berwibawa.. mr sazaly shah sarmani... aku lgsg xpaham bile pelukis lukis filem KARAK...

pelukis pasukan wanita... mrs yana eddy...



maka dengan berakhirnya acara itu tadi, secara rasminye sukaneka pangkor trip 2011 telah pown tamat... tahniah kepada semua pemenang, yang kalah jgn bersedih kerana penganjur akan mengadakan lagi aktiviti seperti ini pada masa yang akan datang... training2 la ye... dan kepada pemain2 yang banyak main tipu... bertaubatlah kerana pintu taubat masih terbuka...



setelah semua sudah berehat dan menjamu selera makan tghari yang dibeli oleh incik sazaly & incik sham, kami semua pakat utk mandi kolam renang... yes... kami conquer tmpat tu dan sbagai penutup sukaneka... kami membahagikan 2 pasukan utk bertanding polo air... sngt meriah dan sngt menarikk permainan ini...



teluk dalam tempat yang indah
makanan terhidang pelbagai menu
para pemenang terima hadiah
malam nanti malam barbecue


acam biasa lah..kalo suke sile like ye...

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...