Tuesday, November 29, 2011

Pangkor Trip 2011 - Sukaneka Part One

owrite Pangkor Trip bersambung kembali... kali ni menjanjikan entry terpanjang dalam Pangkor Trip episode nie... disebabkan terlalu panjang, jadi aku perlu memecahkan kepada 2 part... mungkin 3... entry nie jugak la antara entry yg sume horang dok xsabo nk tunggu n bace... pas aku publish post entry nie korg sume baca la smpai lebam ye...



di sabtu pagi yg indah lagi tenang, tu pasal la aku bgn kol 9 pagi... straight aku g bekfes ngan tunang tersayang... yg tinggal cume belen2 je la... tmpat bakar bbq roti pown arang dah xde... namun makanan yg tinggal tetap aku bedal...



selepas smua org dah ready, tiba la saat yang dinanti2 oleh smua yg mengikuti trip ini... iaitu bertukar menjadi agent si DiGi dengan mengenakan baju serba kuning yg telah di design n tmpah oleh aku... perghh menarik seyh sbb snang nk kenal ahli kluarga... xleh nk lari...


alisya : agak2 ar cik anie nie nk pakai topi adik utk amek gambor... bak balik!!



kurang lebey jam 11.30 pagi (aku xtgk lgsg jam) kami semua ke pantai untuk menikmati keindahan alam sambil menyediakan diri bagi terus ke aktiviti dinanti iaitu aktiviti SUKANEKA... org yg dewasa ni mmg pantang dengar sukaneka... almaklumlah skang nie la nk collect adiah... time kecik2 dulu sik tewas je... kalo x tewas misti dah mewakili malaysia dalam acara sukaneka kat Sukan Sea aritu...



usaha mencari port terbaik dilakukan pakar pencari port...



setelah mendapat port yg menarik di Teluk Dalam Resort, kami memulakan acara cikai2 dahulu yakni acara kanak - kanak gumbira... dimana 5 peserta akan bersaing sesama mereka bagi mendapat kepercayaan juri bagi diorg hadiah...



abg eddy sedang memujuk eddy dan membincangkan plan jahat mereka utk menang...

stratergi yg menarik diatur oleh aku n dikongsikan bersama abg eddy



sebelum memulakan pertandingan, seorang empire @ juri @ refferee dilantik bagi menjalankan pertandingan... pada acara sukaneka kali nie, empire dilantik sngtlah kejam... xpatut untuk acara kanak - kanak gumbira ini kerana mereka hanya insan kerdil yg lemah... belom akil baligh lagi pown...



inilah wajah empire nye... penyelaras program... kak leenda... garang seyh empire nie + kejam!!

bukti kekejaman...hiyarkk dushh sepakan mautt...


acara pertama pown dimulakan... acara pertama ini dinamakan "pancing ikan gune pancing mainan... kalau xboleh pancing gune je tangan..." panjangkan namanya... acara kanak - kanak yang kurang halangan ini dimenangi mudah oleh seorg gadis genit yg comel bernama gugurl... 3 orang jejaka macho gagal menyayingi kehebatan gugurl...


acara seterusnya juga pertandingan bagi kanak - kanak gumbira ini... kali nie empire mmg kejam kerana sanggup menidakkan kehenseman n kecomelan kanak2 belum akil baligh ini... acara ini dinamakan "sape suruh korg xpakai bedak time kluar tadi"... kanak - kanak gumbira ini perlu mencari gula2 sakti didalam timbunan tepung gomak...



sekali lagi kehenseman trio lelaki macho... eqal, emal dan shakir gagal menyayangi gadis ayu diterajui gugurl n soleha... kemenangan berganda buat gugurl... tahniah gugurl kerana berjaya menggondol anugrah olahragawati negara...


kekejaman empire terus dipertikai apabila dengan sengaja memasukkan tepung gomak yg lebey kepada peserta lelaki...

eqal : kalau ade ayam goreng dalam tepung nie msti eqal yg menang... malas la nak cari gula2...



begitulah berakhirnya sukaneka kanak - kanak gumbira... nama je sukaneka, tapi budak2 nye acara dua je... citt... kalau aku masih budak misti aku protest!!...



meriah meriah... sngt meriah... baru acara kanak - kanak gumbira ini... kita tunggu pulak acara kanak - kanak ribena longan william pada entry seterusnya...



kalau suke sile la like entry nie ye..

Calon Artis Baru Lelaki Popular ABPBH2011

toqqq... ape celop toqq... ayat yang menjadi fenoma muda mudi zaman sekarang nie... ayat yang terpacul dari mulut seorg pelakon muda berbakat... ayat yang menjadikan beliau seorang dikenali ramai...



beliau yang dimaksudkan ialah Sallehuddin Abu Bakar a.k.a Taiyuddin Bakar yang popular menerusi lakonan mantap memegang watak KUNYIT dalam filem Hantu Bonceng... filem komedi yg berjaya memecahkan diri ke dalam Box Office dengan kutipan lebey RM8 juta...



memulakan kareer sebagai anak seni dengan lakonan mantap ketika bekerja dengan pengarah tersohor, arwah Yasmin Ahmad dalam filem Muhsin... tanpa memandang kebelakang, Tai terus mengorak langkah dengan memenangi Pengarah Terbaik dalam Festival Teater Kuala Lumpur menerusi Teater Anak Bulan Di Kg Wak Hasan...




kini baru sahaja memenangi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia yg ke 24... akhirnya industri perlakonan nie mengiktiraf kerja keras dan bakat dimiliki bro Tai ini...



banyak juga lakonan atau karya yang telah dihasilkan taiyuddin ini dalam meniti kehidupan sebagai artis... aksi beliau bakal lagi disaksikan pada tahun 2012 dimana stakat ini dia telah berlakon dlm 3 filem yang akan menghiasi pawagam antaranya PE-3 arahan Farid Kamil, MAEL LAMBUNG arahan Ahmad Idham dan juga Filem GILA - GILA REMAJA 2 yang turut dibintangi Faizal Hussien..



okeyh dah puas ayat cam agak skema macam dlm sorat kabar or magazine kat atas2 tu... mari kite straight to the point... abang aku si salleh nie tercalon dalam kategori artis baru lelaki popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian...



Jadi bagi anda peminat salleh nie @ anda mmg xleh nk kluar rumah kalau x bace paper berita harian nie sbb anda rase anda katak bawah tempurung kalo xbace paper berita harian nie... pas beli n bace leh la korg dgn snang hatinye kompol keratan akhbar bahagian undian nie n leh la ngundi... korg leyh menang adiah beb kalo korg anto 7 keping bederet sorat kabor yg korg kompol... ingtt... mesti bederet...



cara - cara nk ngundi sonang yo... cenggini...


mula - mula g kedai beli sok kabo berita harian, ingat berita harian!! bukan harian metro...
beli!! curi jgn...berdosa!!...


pastu boleh pilih la artis kegemaran korang nie... dlm kes nie korg tick la nama TAIYUDDIN BAKAR.. di ruangan ARTIS BARU LELAKI POPULAR... kalo cari kat ruangan PENYANYI WANITA POPULAR... mmg kompom kuar air mata darah sekalipon korg xkn jumpe...


dah settle wat sume tu... leh la korg poskan ke alamat di atas nie...


sonang baitu keje korang... sonang kan... yg lebihan sorat kabo tu leh la korg jual kat paper lama... ade gak la dpt seposen dua... xpown sodokah je kat makcik jual nasi lemak... pahala berganda2 korg dapat...


sebelum ngundi, anda leh la baca syarat n terma yang terpapar di bawah ini...
untuk maklumat lanjut anda juga leh layari website rasmi ABPBH ini


Terma dan Syarat-syarat undian melalui akhbar

  1. Anda hanya boleh memlilih LIMA (5) CALON BAGI SETIAP KATEGORI dengan menandakan pangkah (x) di ruangan yang disediakan dan lengkapkan slogan.
  2. Anda perlu lengkapkan TUJUH (7) borang sebelum dihantar kepada pihak penganjur.
  3. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi MESTI menggunakan BORANG ASAL. Salinan boring tidak diterima.
  4. Hanya mereka yang hantar satu set lengkap TUJUH (7) hari borang undian layak memenangi hadiah. Bagaimanapun, jumlah borang kurang daripada 1 set lengkap masih diterima dan undian anda tetap dikira tetapi tidak layak menerima hadiah disediakan penganjur.
  5. Penganjur berhak untuk menukar hadiah kemenangan dengan barangan yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
  6. Hadiah tidak boleh ditukar milik atau ditukar kepada wang tunai.
  7. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
  8. Hadiah TIDAK termasuk pendaftaran, insurans, cukai jalan dan lain-lain cukai. Pemenang juga bertanggungjawab terhadap kos pengakutan dan sebagainya bagi tujuan menuntut hadiah.
  9. Borang yang tidak lengkap dan butir-butir peribadi yang tidak jelas serta tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan akan dibatalkan.
  10. Borang disiarkan mulai 25 November 2011.
  11. Setiap penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur sebelum atau pada 5 Januari 2012. Penghantaran borang selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.
  12. Kakitangan dan ahli keluarga terdekat kumpulan New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima (MPB), syarikat penaja dan penganjur ABPBH 2011 tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam undian ini.

acam biaso lah yo..kalo suke entry nie sile like ye...

Friday, November 25, 2011

Pangkor Trip 2011 - Teluk Dalam Resort

entry pangkor di sambung lagik... permintaan hangat nie... haha... erm kali nie nk cite tmpat tinggal ktorg... kami menginap di teluk dalam resort... mmg dalam resortnye... kalau kat pangkor nie, die paling hjung skali kat dlm pulau chi pang kor ini... tmpatnye memakan masa lebey kurang 20 - 30 minit la jugak dari jetty nk ke tmpatnye...



dengan kederat 2 bijik van yg di sewa rm30 sbijik, kami naik dan terus ke resort... seingat aku teluk dalam resort nie merupakan resort dimana pengambaran filem senario beach boys berlangsung...



kedatangan kami di sambut receptionist dan staf2 teluk dalam resort... mereka sangat kedekut kerana menyediakan sikit je air sirap utk menghilangkan dahaga... cisss aku xdpt air...



kemudian aktiviti check in pown bermula... di lobinye ade wifi n auto detect ke iphone aku... ape lagi check in at fb dulu... kami kemudian diberi kunci dimana hincik sazaly n puan masrita ditempatkan di sbuah chalet dan kluarga hincik sham dan kami smua diberi 2 buah banglo yg mempunyai 2 bilik... banglo la panggilan yg dipanggil... xbanglo mane pown...


peace sara, jgn x peace... spm menanti..hihihi

begitulah suasana kami mendapat tempat penginapan... hincik sham n family menjadi jiran kami di sana... kitorg terpaksa masuk lmbt sikit sbb kak leenda x tahan nk wee wee n die peygang kunci... tatkala ika dah bergolek2 di dalam banglo kami terheg heg utk masuk ke tmpat penginapan...



malam pown terus berlalu dan haku la org yg paling bnyk kol receptionist mengadu macam2... nk sewa keta la, aircond rosak la, tilam sikit la, xde track lumba keta la, xde rumah hantu la, xde roller coster la dan macam2 lagi la... sib bek staf kat situ baik2 belaka... heee tq so much staf...




agak dah pkul 8 lebey begitu, haku ditugaskan oleh hincik sazaly utk mencari makan malam sambil menyewa kenderaan buat runner... so aku pon call la member lama aku kat pangkor iaitu hincik abu bakar ceria bogak owner... die bersetuju utk mencarikan sebuah kereta sewa dgn kadar rm80 satu ari... amik smpai ahad, die kire rm160 + rm20 duit minyak... haku pon mngajak n memujuk abg eddy n kak yana serta cik tunang utk menemani aku ke area pasir bogak utk membeli makanan...


sesi memujuk trio berjalan...


mereka bertiga bersetuju, tetibe terlupa yg leh ajak sorg lagik sbb g nek van, blik bawak blik keta... so bwk 5 org tu just nice... epul pown di jemput... kami straight ke lobi dan terus menyuruh cik staf menalipon van utk pickup kami... xsmpai 10 minit van smpai dan kami pown nek smpai la ke kedai teratak milik en abu di puteri bayu beach resort... tmbang rm20... lagi murah dari jetty ke tmpat penginapan kami...



turun2 je van... terus nmpak en abu... berlari la jumpe die salam dan borak2... perkenalkan pada semua n trus en abu bawak ke kedai makan die... kitorg pown order makan sambil membungkus makanan utk lebey kurang 20 orang yg tinggal di rumah...

alisya bermanja ngan atuk nye... ketika ini kami di kedai lagik...



dah makan ape sume, dah knyang, makanan bungkusan pown telah diterima kami pown membayar, trus bayar duit sewa kereta kat en abu... tibe saat dinantikan baru la semua org tertanya2 adakah kereta di sewa mempunyai gear manual atau auto kerana nightmare bagi kami semua yg pergi kerana aku, cik tunang, abg eddy n epul merupakan pembawa kereta auto tegar... jadi jika kereta itu menggunakan pacuan manual, jahanam la kami smua..



ye... tepat skali sangkaan kami semua... gelap masa depan pabila tgk kereta wira berwarna gold ini mempunyai manual transition... cik tunang offer kate die leh bawak... peristiwa kelakar pon bermula... kami bersorak umpama khairul fahmi che mat berjaya menyelamatkan penalti pabila kereta mampu bergerak dengan terhenjut2... pedulik hape... janji berjalan... heee... pastu baru tringat perlu singgah kedai sbb hincik sham pesan rokok daun... ape lagi, menggelimbit la cik tunang nk memberhentikan kenderaan... namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan...



perjalanan diteruskan... opss lupe nk cite... perjalanan ke teluk dalam mmg berliku n adventure... kalo xpandai bawak kereta atau xde pengalaman lebey dari 10 tahun 14 bulan bawak keta, jgn nk borak la kat jalan tu... turun naek bukit nye umpama litar rally... tmpatnye sunyi sepi dikelilingi hutan sehingga kan line talipon pown xde coverage... jgn kate kan talipon, radio pown hidup segan mati xmahu...



okeh perjalanan diteruskan shingga la BUKIT yang pertama... kami semua sangat resah dgn bukit, almaklumlah xde sape yg pandai... gear gagal dimasuki lalu kereta bergerak ke belakang instead ke atas dan kedepan... segala kepakaran cik tunang di kerah namun 3 - 4 kali cubaan, kereta masih mahu kebelakang... harus diingat... 20 orang di rumah menanti makanan yg kami akan bawak... beban yg ditanggug semakin berat...



abg eddy pula ingin mencuba... namun seperti biasa... kereta itu lebih gemar bergerak ke belakang dan menuruni bukit... si epul memberi nasihat... nasihat die xgune pown... ciss nye epull... aku macam biasa la... akan merisikokan nyawa utk menghalang mane2 kenderaan melanggar kami... epul pulak nk cube... namun macam biasa la... kereta itu sngt gemar mengundur...



pabila tampak seperti tiada harapan, muncul seorg wira(wira ke?) cina yg meniaga kat mini market teluk dalam resort... seb bek aku beborak ngan die kat mini market sblom gerak g kdai en abu... jadi die kenal la aku... die ngan kancil nye yg same jugak bertransasi manual...


cina mini market : apahat nie
haku : xtau la ini kereta apahal gear xmau masuk
cina mini market : mari gua try
haku : u try la tgk macam mana


selamber badak je die naekkan kereta tu dgn kelajuan maksima... terkesima kami sebentar... mule2 adela jugak nk gune alasan kereta tu yg wat hal... skang da xleh... dengan slumber je cina tu parking kt ktorg balikk...


cina mini market : lu org tau bawak kereta ke x?
cik tunang: pandai
cina mini market : u try tgk
cik tunang : ok

pabila x berjaya lagik nk naekkan kereta itu

cina mini market : aiyoo lu org mmg xpandai bawak kereta, berapa lama u xbwk kereta
cik tunang : lama jugak xbwk kereta manual
cina mini market : bila last bawak??
cik tunang : ermmm waktu amek test jpj...



segerombolan dak2 motor pown lalu n sngt concern dan bertanya, ok x bang?? sepantas kilat cik tunang menjawab XXXX... lalu mereka mematah balik dan terus membantu dan bertanya... haku pon kate la kitorg ade masalah besar dimana kitorg xpandai bawak kereta manual... diorg offer utk bawak smbil kawan2 diorg pon bersorak "haa xpandai bawak kereta, wekk"... sib bek la aku nie seorg yg penyabar... (sbb nk mintak tlg nye sal) kalo x, dah debik dah..hehe...



pastu perjalanan diteruskan n mamat nama fikri yang memandu, the best part is... die borak n die kate umur die baru 15 tahunn... perghh malu siodd aku... die pown bawak la trus ke teluk dalam resort... aku pown x henti2 mengucapkan terima kasih dan menghulur skit buat blanja atas pertolongan die tadi...



dengan sayu n malu kami membawa makanan pulang dkat jam 11 malam... smua kebulur menunggu kami... namun atas sifat kejujuran aku yg tinggi... aku pown ceritakan perkara sbenar... satu rumah gelakkan ktorg... ciss nyesal lak cite... xde yg simpati pown atas nasib kami...


muke berbulu lepas kena kutuk n gelak... peace yo...

sib bekla cik tunang menenangkan hati yg gundah gulana... hee... baju itu bermaksud, i luv sazliani sazaly shah... (bukan i luv langkawi ke?) hee...



malam berlabuh dan kami pown dikejutkan dgn lagi satu masalah, gangguan makhluk halus... semua org menjadi seram sejuk dan susah utk melelapkan mata... tv terbuka x tutup2 sbb xjumpe suis... kipas berpusing xberhenti2 sbb ktorg xtekan butang off... paip air mengalir sbb ade org lupe nk tutup... macam2 perkara misteri kami lalui...



xlame lepas tu, aku mndapat idea bernas iaitu menaipon seorg alim yg berada di kawasan teluk dalam resort... mamat arab nie sdang bercuti bersama family kat pangkor nie...

"hang pa ada maksalah apa??makhluk haluihh, senang ja ni"



dengan senyuman si alim menyelesaikan masalah kami dan kami dapat tidur dengan tenangnye... inilah cerita kami di hari pertama percutiann ini... sangat menarik, kenangan pahit dan manis... terima kasih sheikh eddy cool..



teluk dalam tempat yg indah
membuat kami semua rasa terleka
harapan esok, hari meriah
xsabar pula main sukaneka



kalau suke tekan like ye...

Thursday, November 24, 2011

Pangkor Trip 2011 - Ferry Trip To Pangkor Island

okeyh cghite pangkor vacation saya pon mule bersambung... kali ni den nk borak ngan hangpa suma suasana kami di atas ferii dari marina jetty ke pangkor jetty... perjalanan yang memakan masa lebey kurang 10 minit je sbb marina ni dkt je ngan pangkor berbanding jetty lumut yang memakan masa 30 - 45 minit...



lebey kurang 7.15 kami bertolak ke pangkor n ferry dari marina nie lain skit dari ferry di lumut sbb size nye lebih kecil n ianya nmpak lebey stylo... ferry ini juga agak selesa dgn tmpat duduk bwh dan 2nd floor yg open... so kepada anda yg suke kan pemandangan n suke ber snap2 pic cam kami sume.. nek la bahagian atas ye... belah blakang bot ade seat blah dpan bot xde... so kami choose blah dpan dan kami telah pon conquer sume kawasan dpan tu...




wajah sronok n riang umpama kanak2 baru mendapat ribena terpancar di sanubari kami smua... hee x sabo mood bercuti dah pown bermula...
sila scroll ke bawah lagik ye kalo nk tgk wajah2 mereka2 nie..heee



uncle menculik anak buah... mangsa pertama : fieza ...


antara peberet picture aku walaupon xsume pandang camera tapi pic ni nmpk natural n menarik sbb sunset pown nk turun...


bro wan terkial - kial di situ utk cube menyelamatkan alisya yg nk berenang ke jetty pangkor...


sweet couple... abg eddy n kak yana... maintain cute...


mak ngah n family, e'eh ade incik tunang skali... agak2 la gugurl kalo nk wee wee pown..hehe

nie la riuh rendah nye suasana di atas ferry.. tapi pic nie lom gerak lagi la..

wah heppy family... bro pian gerrard tetap ngan trademark YNWA nye bersama keluarga tersayang...


the girlss u ollss.... dari kiri kak wid, kak yana, kak leenda, pieja fieza n cik tunang saya(yanie).. oppss lupe ade si kenit alisya...

wajah ceria hincik sham n mak ngah isteri terchinta...


another suweett couple... baju sama kau!!... hee baju di beli di downtown cheras... terbaikk...




dok search2 gambor aku n cik tunang, xde yg menarik lak... hurmm so xdela pic kami... sbnanrye kami nek speed boat... hee tu pasal xde.. haha poyo kan??... so nie la serba sdikit cerita kami di atas ferry merry nie...




sebelum abg bagi pantun utk entry seterusnya... abg ada bnda sikit nk share ngan kowg2 pembaca nie... abg ade satu video yang smpat abg rakamkan... tiada niat utk menghina mahupown membahan... tiada kene mengena dengan yg hidup atau pon dah meninggal dunia... kalau sama, mmg disengajakan... hehe





smpai di jetty mencari van..
ramai ramai naik pula 2 van...
hari dah smpai pun dah dkt malam...
resort dicari di teluk dalam...



kalau suke entry ni..sile tekan butang like ye..hee

Tutorial guna mp3 @ lagu kegemaran anda sebagai ringtone di iphone 4

salam kepada semua pengguna iphone 4... kat sini aku nk share skit cmne nk tukar ringtone bese korg yg dok bunyik tok tek tok tek tu kepada lagu kegemaran korg... kat sini aku nk tnjuk korg leh guna lagu selamanya harimau malaya, bola sepak mode.. hehe... aku pasti korg yg gune iphone yg xreti lagi wat mnde nie dah tahap busan ngan ringtone korg kan...??



okeyh mari kite blaja... mule2 skali ape yg korg perlu wat ialah bukak iTunes korg... xkesah la cucuk ke cucuk ngan iphone korg... then g kat file dan terus add file to library, mksudnye masukkan la lagu mane korg nk utk jadikan ringtone korg...


dah masukkan lagu korg tu langkah seterusnya korg kene right click kat lagu tu dan tekan 'get info'... ini tujuan untuk memendekkan lagu... sbb di iphone, lagu utk dijadikan ringtone hanya boleh buat slama 17 saat je duration lagu tu..aku pernah try 1 minit, xjadi..



next step ialah korg perlu memilih start n stop time di 'option' xkire la 0:00 - 0:16 ke 0:23 - 0:35 ke.. yg pnting jangan lebey 17 saat... terpulang kat anda nk amek lagu tu blah korus ke blah awal2 ke.. ikot kesukaan hati masing2...


dah buat tu kemudian tekan ok dan dah balik ke menu asal tadi, ko right click skali lagi kat lagu korg pilih tadi dan cari 'create AAC version'... pastu click dan iTunes akan create version yg telah dipotong tadi...


lihat gmbar di bawah nie... dah ade version yg 16 saat punya...


langkah seterusnya anda cari file yg telah di convert tadi tu di my document anda, bukak my document, cari my music, kemudian iTunes, kemudian iTunes Media, kemudian Music, kemudian album yang kamu pilih kemudian jumpa la file tadi yg berformat 'm4a'...


kalau anda xnmpk extension nye yg berformat m4a, pc anda telah hide menatang tu, jadik korg g kat tools atas tu, then g kat folder options...


pastu korg pilih view menu then un'tick' je hide extensions for known file types... nanti kluar la m4a tu...


then click apply dan ok... kemudian seterusnya anda perlu menukar m4a file ke m4r file which is r for ringtone... right click file tu n rename kan aje file tu dgn mengubah extension itu dari m4a ke m4r...


anda jangan la cuak dan menangis2 jika keluar menatang bawah nie... sbb dah btol la tuh, korg yes kan aje menatang tu...


selepas yes dia akan jadik la format m4r, dan dah bersedia untuk menjadi ringtone anda...


last skali apa yang anda perlukan ialah, anda drag file yang dah diconvert tadi ke iTunes anda... dan sync kan iphone anda..


dah sync iphone kesayangan anda tu, g kat bahagian setting...


g kat ringtone...


tadaaa... anda dah ade custom ringtone..pilih la suke2 ati ye...



p/s : jgn lupe tekan like kalau suke entry nie..hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...